Monday 6 July 2015

Gigit Zakar Perogol Sampai Putus


 Chitungwiza: (Zimbabwe): Dia hanya mengenali penyerangnya selama beberapa hari apabila lelaki berkenaan cuba merogolnya di rumah seorang rakan.
Penyerang itu mula mengoyakkan pakaian gadis itu selepas mangsa enggan mengadakan seks dengannya.

Selepas gagal melepaskan diri, gadis itu bertindak nekad menggigit hujung kemaluan lelaki itu hingga putus.

Seorang saksi berkata: “Gadis itu meluru keluar dari rumah rakannya dengan menjerit ‘perogol, perogol, perogol.’

“Pakaiannya koyak rabak dan ada kesan darah padanya. Kemudian lelaki itu pula keluar menjerit ‘tolong, tolong, tolong.’

“Dia juga berlumuran darah. Ketika itu baru kami sedar gadis itu menggigit kemaluan lelaki itu.”

Penyerang dilapor berguling di atas tanah kerana menahan sakit sebelum dia dihantar ke hospital.

Dia bernasib baik kerana doktor berjaya menyambung semula kemaluannya.

“Dia masih di hospital. Mungkin selama beberapa minggu lagi,” kata jurucakap hospital.- Agens

0 comments