Monday 6 July 2015

Artis Macho Tempatan Layan Pondan Di Bulan Ramadhan?

sekadar gambar hiasan

Artis ini pernah menyepi seketika daripada bidang seni tempatan dan baru-baru ini dia kembali menyemarakkan semula bidang seni tanah air.Bukan sekadar tampil dengan imej yang bersih, artis ini juga khabarnya sudah bergelar ahli perniagaan berjaya.

Jika dulu dia memandu kereta tempatan tapi kini sudah mampu memiliki kereta mewah.
SS memang bangga apabila ada artis kita menceburi bidang perniagaan untuk jaminan masa depan. Apatah lagi artis itu sudah berkahwin dan perlu menyara anak yang masih kecil.

Maklumlah, bidang seni ada pasang surutnya. Namun, bukan cerita kejayaan perniagaannya yang SS nak cerita di sini sebaliknya cerita dia sukar untuk mengikis tabiat lamanya iaitu suka melayan golongan mak nyah untuk memuaskan nafsunya.

Mengucap panjang rakan SS bila dapat tahu cerita ini. Tak sangka artis ‘macho’ dan jantan macam dia turut bernafsu dengan golongan terbabit.Ingatkan artis ini sudah lama berubah tapi rupa-rupanya dia tetap sukar untuk mengawal nafsunya sendiri.Apapun, sempena Ramadan yang mulia ini, SS percaya masih belum terlambat untuk artis itu muhasabah diri dan bertaubat

0 comments