Wednesday 8 July 2015

Gempar !!! Punggung Diraba Mat Motor Gila Seks


PERLIS – Wanita sering terdedah kepada bahaya cabul dan rogol.  Baru-baru ini,  seorang wanita menjadi mangsa kepada seorang lelaki gatal di mana punggungnya diraba ketika dalam perjalanan ke kedai, Ahad lalu.Kejadian itu berjaya dirakam oleh seorang pemandu yang kebetulan melalui Jalan Besar, Kampung Jejawi pada pagi Ahad.


Mangsa yang berjalan dengan dua orang rakannya terkejut apabila lelaki itu mengenggam punggungnya sebelum berlalu pergi seperti tiada apa-apa yang berlaku.Berikutan itu, saksi mengejar lelaki berkenaan untuk merakam gambar wajahnya sebelum memuat naik ke laman Facebook dan meminta orang ramai berhati-hati dengan lelaki itu.Apa yang penting, setiap kejadian perlu diambil tindakan dengan membuat laporan polis agar jenayah ini dapat dibendung bagi mengelakkan lebih ramai wanita menjadi mangsa.



0 comments