Tuesday, 12 May 2015

Panas! Nora Danish Bengang Dengan Peminat Kerana Dituduh Makan Tangan Kiri?


Memang jarang sekali untuk melihat pelakon jelita Nora Danish bengang dengan peminat. Maklumlah Nora Danish memang terkenal dengan sifat lembutnya tetapi akan sampai suatu tahap jika tidak mampu bertahan sudah pasti akan meletop juga. Tak gitu?

Baru-baru ini Nora Danish telah berkongi video pendek beliau di instagram. Namun video tersebut disalah tafsir oleh peminat dan menuduh Nora Danish makan menggunakan tangan kiri. Amboihh! peminat nak komen agak-agak la kan. Selidik dahulu sama ada perkara tersebut betul mahupun tidak.

 Tetapi pada hakikatnya disebabkan reflection video tersebut menyebabkan Nora Danish kelihatan makan menggunakan tangan kiri. Sejujurnya Nora Danish menggunakan tangan kanan, tulisan di bajunya juga terbalik. Issk benda macam ni pun nak kecoh, tiada isu lain ke yang hendak dibangkitkan?


 Saya tak bodoh makan tangan kiri. Tu reflection. Jgn jadi terlalu nak hukum org wahai manusia. Tolong lah unfollow Saya. Tak perlu org yg duduk dibawah katak tempurung!!

 Pergh! agak memedihkan, jangan cuba-cuba cari pasal dengan melihat kesalahan orang lain sahaja nanti buruk padahnya. Eloklah ‘Kekasih Sendiri Jadi ‘Bodyguard’ Nora Danish‘, sekurangnya mampu melindungi Nora Danish disaat bahaya. Auchh, apa pun bertabahlah Nora Danish dalam menjadi seorang selebriti, yang penting hidup kena enjoy!

0 comments