Thursday 11 December 2014

Lagi Gambar-Gambar Bogel Nur Fathiah Tersebar Di WeChat


Seorang gadis berusia 25 tahun kini menjadi mangsa dendam bekas teman lelakinya
itu apabila gambar bogelnya kini telah tersebar di WeChat selepas lebih dua bulan 
bertindak memutuskan hubungan cinta.

Walaupun laporan polis sudah dibuat, ibu mangsa mendakwa anggota polis me-
maklumkan kepadanya bahawa bekas kekasih anaknya itu datang dari keluarga yang
berpengaruh, justeru seolah sukar diambil tindakan.

Mangsa yang ingin dikenali dengan nama Nur Fathiah Idris menyatakan dia hanya 
mengetahui selepas dimaklumkan seorang rakan bahawa bekas teman lelakinya itu 
yang dikenali sebagai Irfan memuat naik gambar-gambar dia sedang berkemban 
memakai tuala ke laman Facebook pada 2 Disember lalu.

Sehari kemudian gambar bogelnya pula turut diviralkan menerusi aplikasi permesejan
WeChat dengan menggunakan nombor telefon milik Fathiah sendiri. Akibat perbuatan 
lelaki itu, dia dan keluarganya kini menanggung malu.

Saya tidak tahu di mana saya nak letak air muka saya ini angkara perbuatan Irfan itu.
Sepanjang perkenalan dengan Irfan dia mendapati lelaki itu turut terlibat dengan 
penyalahgunaan dadah dan beberapa kes jenayah lain di Johor Bahru.

0 comments