Aktres Korea Selatan Noh Su Ram mencetuskan kontroversi apabila
hadir tanpa diundang ke majlis anugerah ‘The 35th Blue Dragon Film
Festival’ yang berlangsung di Seoul dengan memakai gaun seksi
sehingga mendedahkan sebahagian tubuhnya.
Portal Koreaboo melaporkan insiden yang berlaku pada 17 Disember
Portal Koreaboo melaporkan insiden yang berlaku pada 17 Disember
itu telah mengejutkan ramai pihak sehingga pelakon tersebut menjadi
topik hangat di Korea.
Gaun seksi yang dikenakan oleh Noh Su Ram itu hanya menutupi
Gaun seksi yang dikenakan oleh Noh Su Ram itu hanya menutupi
bahagian penting tubuhnya. Malah dia juga kelihatan begitu yakin
beraksi di hadapan kamera semasa acara karpet merah berlangsung.
Menurut jurucakap festival filem itu, pihak mereka tidak mengundang
Menurut jurucakap festival filem itu, pihak mereka tidak mengundang
Noh Su Ram untuk hadir ke acara tersebut termasuklah acara karpet
merah.
“Kami tidak memberikan sebarang jemputan kepada Noh Su Ram malah
dia juga hadir dengan yakin sambil memakai pakaian yang agak tidak
bersesuaian.
“Hanya pelakon dan pemberi anugerah yang dijemput sahaja hadir ke festival
“Hanya pelakon dan pemberi anugerah yang dijemput sahaja hadir ke festival
tersebut dan Noh Su Ram adalah satu-satunya artis yang datang tanpa
diundang.” katanya.
Tambah sumber lagi, untuk menghormati tetamu adalah mustahil bagi
pihak mereka untuk menyuruh pelakon tersebut pulang.
“Atas sebab-sebab tertentu adalah mustahil bagi pihak kami untuk
“Atas sebab-sebab tertentu adalah mustahil bagi pihak kami untuk
menyuruh seorang artis yang bersusah-payah bersiap untuk hadir
ke festival itu.
“Namun disebabkan tempat duduk semunya telah penuh dengan tetamu
“Namun disebabkan tempat duduk semunya telah penuh dengan tetamu
yang hadir melalui jemputan pihak kami tidak dapat membenarkan dia
masuk.” Jelas sumber.
Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana aktres itu mengambil keputusan
Bagaimanapun mereka bernasib baik kerana aktres itu mengambil keputusan
untuk pulang selepas hadir ke acara karpet merah.
Insiden itu menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dan Noh Su Ram
Insiden itu menyebabkan ramai pihak tidak berpuas hati dan Noh Su Ram
telah dikecam di laman sosial dan dilabel sebagai artis yang sengaja mencari
publisiti murahan.
0 comments