Thursday 9 July 2015

Gempar !!! Video Adegan Ranjang Paling 'daring' Ayda Jebat Dan Zul Ariffin Tersebar


SEJAK fenomena drama bersiri Rindu Awak 200 Peratus, pasangan pelakon Ayda Jebat dan Zul Ariffin dilihat sangat serasi bergandingan dan mereka sekali lagi dipertemukan menerusi drama MAID yang bersiaran sepanjang bulan Ramadan ini.

Namun, yang tak sedapnya ialah apabila penonton dan peminat sudah mula melahirkan perasaan meluat mereka dengan aksi terlebih mesra Zul dan Ayda menerusi naskhah arahan Michael Ang itu.


 Kita tahu mereka menjayakan watak sebagai suami isteri namun kalau dah sampai tahap macam dalam video yang dikongsikan ini, memang agak daring jugaklah.

 Kpop kena ban, drama camni camne lak?

Tapi, anda semua tak perlu risau kerana Lembaga Penapisan Filem (LPF) sudah pun mengeluarkan guidelines kepada stesen televisyen agar tidak lagi membenarkan mana-mana produksi filem daripada menyiarkan babak-babak romantis seperti berpeluk dan cium dahi.

Harap-harapnya selepas ini pengarah, penerbit dan pelakon semua dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

Jangan terlalu mengejar rating sampai guidelines yang perlu dipatuhi dilanggar.

Bukan apa tak manislah kalau budak-budak tengok adegan macam tu, kang tak pasal-pasal dorang aplikasikan pula dengan kawan-kawan. Tak ke haru nanti? – MYNEWSHUB.CC


0 comments