Monday 6 July 2015

Gempar !!! Guru Bahasa Inggeris Hamil Selepas Setubuh Dengan Pelajar Sendiri

sekadar gambar hiasan

FLORIDA: Akibat gagal melawan nafsu, seorang guru wanita yang mengajar subjek bahasa Inggeris dijatuhkan hukuman penjara selama 22 tahun kerana mengadakan hubungan seks dengan tiga pelajarnya.

Menurut laporan berita Metro.uk, suspek, Jennifer Fichter, 30, dikatakan melakukan hubungan intim bersama pelajarnya berusia 17 tahun berulang kali.

Malah, lebih mengejutkan apabila Fichter turut disahkan hamil hasil hubungan seks bersama salah seorang pelajar terbabit.

Dia digambarkan sebagai ‘pemangsa’ di mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara.

Ketika perbicaraan, Ficther tidak dapat menahan emosi sehingga menangis sebelum dijatuhkan hukuman.

“Saya tidak suka perkara ini kerana ia satu jenayah yang mementingkan diri sendiri. Saya tidak memikirkan tentang kamu semua.

“Saya berharap bahawa saya dapat kembalikan masa dan memperbetulkan apa yang telah dilakukan," katanya.

Mahkamah di Florida memberitahu bahawa hubungan tersebut dianggap sebagai ‘hubungan romantik’ berlaku antara tahun 2011 dan 2014.

Pihak pendakwaraya yang dipanggil turut memaklumkan bahawa Fichter akan dilayan sama seperti hukuman yang dikenakan terhadap seorang guru lelaki,

Difahamkan, Fichter bertemu dengan remaja terbabit sebelum membawa mereka ke rumahnya untuk mengadakan hubungan seks.


- mD

0 comments